CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 8 Mac 2009

Cara penulisan Karangan Yang Berkesan


STRATEGI
PENULISAN
KARANGAN
!!!

Langkah 1 – Mengenal pasti kehendak soalan.

  • Gunakan T(tema), K(kata kunci), F(format)

Langkah 2 – mengenal pasti isi karangan
-Dapatkan 4 atau 5 isi yang berbeza kategori.

Bentuk 1:
Isi 1- Diri/individu
Isi 2- Ibu bapa / keluarga
Isi 3- Masyarakat/ orang ramai
Isi 4- Kerajaan
Isi 5- Pihak Swasta/NGO

Contoh:
Usaha-usaha untuk menangani kenaikan harga barang
ISI 1 - Jangan boros berbelanja/berjimat cermat
ISI 2 - Merancang perbelanjaan untuk keluarga
ISI 3 - Memboikot barang-barang yang mengalami kenaikan harga yang melampau.
ISI 4 - Memantau/mengambil tindakan undang-undang
ISI 5 - Mengadakan kempen kesedaran/Menyebarkan maklumat tentang kenaikan harga barang kepada pengguna

Bentuk 2:
Isi 1 - Politik
Isi 2 - Ekonomi
Isi 3 - Sosial
Isi 4 - Pendidikan

Contoh:
Peranan Malaysia dalam kalangan negara serantau
Isi 1 - Menjalinkan persahabatan dengan pemimpin negara serantau.
Isi 2 - Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi
Isi 3 - Memberikan bantuan kemanusia kepada negara yang ditimpa bencana
Isi 4 - Mengadakan program pendidikan antara negara serantau.

Bentuk 3:
Isi 1 - Ibu bapa
Isi 2 - Rakan Sebaya
Isi 3 - Pendidikan agama
Isi 4 - Media massa
Isi 5 - Keadaan Persekitaran

Contoh:
Punca-punca berlakunya gejala sosial
Isi 1 - Ibu bapa sibuk dengan kerjaya
Isi 2 - Pengaruh daripada rakan sebaya
Isi 3 - Kekurangan pendidikan agama dan moral
Isi 4 - Pengaruh Media massa
Isi 5 - Keadaan tempat tinggal yang tidak selesa.

Bentuk 4:
Isi 1 - Mekanikal
Isi 2 - Manusia
Isi 3 - Cuaca

Bentuk 5:-Laporan
Isi 1 - What
Isi 2 - Who
Isi 3 - Where
Isi 4 - When
Isi 5 - Why
Isi 6 - How

Bentuk 6:-Ulasan
Isi 1 - Tema
Isi 2 - Persoalan
Isi 3 - watak dan Perwatakan
Isi 4 - Nilai dan Pengajaran

Bentuk 7:-Cerita
Isi 1 - Permulaan
Isi 2 - Perkembangan
Isi 3 - Perumitan
Isi 4 - Puncak
Isi 5 - Peleraian

BAHASA

1)KESALAHAN EJAAN
  • kebanyakkan
  • mengalakkan
  • disana
  • di jadikan

2)KESALAHAN FRASA
  • di mana
  • yang mana
  • seperti mana
  • ianya
  • ia

i)Mengemukakan tentang cadangan
  • Berdasarkan pada prestasi
  • Antara punca-punca ….

3)KESALAHAN KLAUSA
  • Semoga mutu sukan bola sepak kita meningkat maju pada masa depan.

4)KESALAHAN AYAT
  • Ini kerana negara kita kekurangan pemain yang bertaraf dunia.
  • Bak kata pepatah,”Kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”

5)KESALAHAN PENANDA WACANA
  • Salah satu daripada punca... (x)
  • Salah satu punca ...(/)
  • Satu daripada punca ..(/)
  • Gunakanlah penanda wacana yang betul.
  • Selain daripada itu (x)
  • selain itu (/), lain daripada itu (/)
  • Sehubungan itu (x),
  • sehubungan dengan itu...(/)
  • Justeru itu, (x) Oleh itu (/)

i)Elakkan penggunaan kata hubung seperti

  • justeru
  • manakala
  • tambahan pula
sebagai penanda wacana.


6)KEINDAHAN BAHASA

  • Penggunaan kata yang menarik
  • Penggunaan frasa yang menarik
  • Penggunaan ayat/ungkapan yang menarik
  • Perenggan yang menarik
  • Karangan yang menarik

Soalan Contoh:

Dunia sedang menghadapi krisis kenaikan harga minyak. Bincangkan usaha-usaha yang perlu diambil untuk menangani krisis ini.


Strategi:

T= Krisis Kenaikan Harga Minyak

K=Usaha

F= Umum

Isi:

1) Diri-menjimatkan penggunaan minyak.

2. Masyarakat -Menggunakan gas asli kenderaan (NGV)

3. Kerajaan -meningkatkan pengeluaran minyak.

4. Negara di dunia- hendaklah menggunakan dolar AS dalam urus niaga minyak kepada mata wang lain yang lebih kukuh.

Sumber: En. Ghalib.

0 ulasan: